Ahad, April 19, 2020

Dapat avatar Trudy!!! (16th day of Eating, Y22)

Wahhh, rupanya kalau main Trudy's Surprise berturut-turut selama 25 hari, bukan sahaja boleh menang 100,000 NP tapi dapat avatar sekali!


Dah banyak tahun main, ini lah kali pertama berjaya main 25 hari berturut-turut. Dapat 100,000 NP tu pun dah gembira dah. Tiba-tiba dapat Neomail daripada kakitangan Neopets. Woot woot!!!


Macam mana rupa avatar ni, eh? Eh, sekejap, avatar ni apa?

Bagi yang tak tahu, avatar di sini merujuk kepada gambar jelmaan. Eh, jelmaan?! Hahaha, lebih kurang la. Gambar yang bukan gambar sebenar, yang digunakan untuk mewakili seseorang dalam mana-mana laman atas talian. Kalau di Neopia, kita merujuk kepada gambar yang mewakili pemain dalam bilik perbincangan di Neopia (Neoboard). Mana-mana laman atas talian yang lebih suka pengguna pakai gambar sebenar, selalunya mereka akan guna istilah "profile photo" atau gambar profil.

Dah faham? Hehehe, jom tengok rupa dia.

Mula-mula kena pergi Community Neoboards > Preferences


Tengok gambar bawah Preview New Av tu. Itu le dia. Hak hak hak... duit berkoyan-koyan! Kalau la ni dunia sebenar, seronok weh (ᅌᴗᅌ* )


Jawapan kepada Mysterious Negg Cave (16th day of Eating, Y22)

Sonang bah. Tersangat sonang. Tapi hari ni baru boleh muat naik. Internet masalah sikit 2-3 hari ni. Tambah pula dengan sibuk apa bagai ヾ| ̄ー ̄|ノ


_______________________________


Klik pada gambar untuk besarkan

_______________________________



SOALAN

JAWAPAN

HADIAH

Khamis, April 16, 2020

Pesta Negg (15th day of Eating, Y22)

Hari ni hampir terlupa nak melawat Kari. Nasib baik sempat lagi. Jellyneo kata pesta ni 15 hari bermula dari hari ke-9 hingga hari ke-24 bulan Makan (9-24th, Month of Eating, Y22). Kira sebenarnya banyak hari lagi ada, jadi boleh je kumpul semua petunjuk dan buat serentak tapi hehehe... saja.


Petunjuk hari ke-6, "Oh, tidak. Saya dapat merasai kuasa gelap Pari-pari remia di Faerieland."!

Remia tu ungu bagi yang tak tahu.

Ada satu (1) je Pari-pari yang terkenal berwarna remia dan berkuasa gelap di seluruh Neopia iaitu Jhudora! Jom pergi melawat dia.


Mula-mula, kena pergi Faerieland la.


Lepas tu pergi tempat yang bernama Jhudora's Bluff. Tak tau la kenapa "Bluff". "Bluff" tu macam mengacah je kan? Contohnya kata nak buat jahat dekat seseorang tapi sebenarnya tak nak buat pun cuma nak menakut-nakutkan. Ke sebenarnya Jhudora ni nampak je jahat tapi tak jahat pun cuma nakal je? Entah la. Apa pun nama lama tempat ni ialah Jhudora's Cloud (Awan Jhudora) dan tempat ni ialah rumah Jhudora.

Erm... harap-harap tak kena jampi atau kena sumpah jadi katak...


(¬‿¬) Oho, nakal. Main sorok-sorok Negg ye. Kan dah kena tenung dengan Kari.


Ingat nak ambil Enchanted Negg tapi Marble Negg tu... warna dia sesuai pulak dengan Jhudora.


Ahahahah, dapat Negg of Marble lagi! Boleh simpan buat pekasam, tunggu harga tinggi sebelum jual. Terima kasih Kari!

Jawapan kepada Mysterious Negg Cave (15th day of Eating, Y22)

Yang hari ni punya, susah. Cuba fikirkan kedudukan yang mungkin untuk dua (2) petunjuk yang diberikan tapi tak berjaya. Jadi cuba-cuba je. Sekali cuba dah berjaya.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu ಠ◡ಠ;


_______________________________


Klik pada gambar untuk besarkan

_______________________________



SOALAN

JAWAPAN

HADIAH

(*´ ﹃`)

Chocolate Kougra Pudding tu nampak sedap. Teringin nak rasa dalam dunia sebenar.



Rabu, April 15, 2020

Pesta Negg (14th day of Eating, Y22)

Hari ni hari kelima. Senarai pun dah semakin panjang jadi tangkap gambar bawah je.



"Pokok ini mempunyai fikirannya sendiri. Dan anda boleh melihatnya! Eww."

Siapa dah biasa main, mesti boleh agak dekat mana.



Ya, Hutan Berhantu hantu hantu hantu tu tu tu ~( '-' )~~


Eughkkk... terang-terang nampak pokok yang ada fikirannya sendiri di situ.


Aik, tak ada? Salah tempat ke? Tempat mana lagi ada pokok tersembul kepala otak? Mungkin kena terima cabaran pokok ni dulu dengan tekan butang Accept the Quest tu.

Hmm...? Masih tak ada apa pun. Mungkin kena jawab soalan dia dulu? Tapi sebelum tu, mari cuba keluar balik ke Haunted Woods, kemudian lawat semula The BRAIN Tree.


Ha, boleh pun! Kali ni lain sikit eh.


Macam biasa... pasti. Kali ni pilih Marble Negg sebab tak pernah lagi ambil Marble Negg.


Ahahahah, apalah bezanya Marble Negg dengan Negg of Marble tu? Bukan maksudnya sama ke?

Apa pun, terima kasih pokok. Terima kasih Kira.


Erkk... pokok ni masih tuntut jawapanlah... Mana nak cari eh? Siapa la William Meerca tu. Kenapa nak tahu masa dan tempat dia meninggal dunia?

Tak kisahlah. Dah alang-alang, cuba je.

Mula-mula tanya Neocodex. Katanya 51 BN atau 38 BN dan Maraqua tapi pokok tu kata salah.

Kemudian tanya Jellyneo. Jellyneo kata tak ada jawapan hahaha!!!

Kena tanya Esophagor. Satu (1) kali tanya, satu (1) jawapan. Nak tanya, kena bagi makan dulu.

Baik, kita cuba...



Ya Rabbi, apa ke mahalnya kau punya makanan? Sekali makan lebih kurang 4000 NP! Dua (2) kali makan?!

Akhir cerita, tak jadi jawab.

Sekian.

╰ (◡‿◡✿)

Jawapan kepada Mysterious Negg Cave (14th day of Eating, Y22)

Hari ni rasa macam jawab soalan perangkap. Petunjuk pertama tu tak ada masalah, memang satu (1) tempat je boleh letak. Petunjuk kedua yang pening. Mula-mula otak macam tersangkut juga, tangan tak bergerak lagi. Berkat malas fikir punya pasal, guna cara bodoh.

Letak je petunjuk pertama tu di tempat dia. Kemudian letak je petunjuk kedua di tiga (3) tempat kosong yang tinggal dan kita cuba je boleh ke tidak selesaikan teka-teki ni.

Sekali je dah boleh ಠ◡ಠ;


_______________________________


Klik pada gambar untuk besarkan

_______________________________



SOALAN

JAWAPAN

HADIAH


Selasa, April 14, 2020

Pesta Negg (13th day of Eating, Y22)

Oho, hari ni ada lagi rupanya Pesta Negg ni. Jellyneo ada beritahu kata pesta ni banyak hari... tapi berapa hari ye? ¯\(©¿©) /¯


Hmm... apa pun, nampaknya hari ni hari yang keempat.

Mula-mula ingat ada empat (4) petunjuk hari ni. Rupanya tiga (3) yang teratas tu petunjuk semalam. Kalau sehari tiga (3) petunjuk, mesti hari ni 3 petunjuk juga. Tapi memandangkan hari ni hanya bertambah satu sahaja, maksudnya sehari satu (1) petunjuk.

Petunjuk hari ni...

"Kunampak sebuah kapal yang tidak berlayar... dan penjual yang hanya terima Dubloon emas"



Eheh... LANUN!!!!!

Hanya Pulau Krawk yang ada lanun. Hanya lanun yang terima Dubloon!!!


Dan... yang terima Dubloon emas sahaja? Tak pasti, tapi ada restoran nama The Golden Dubloon!



Yaaa, tepat sekali! Tahniah :D

Hmm... kali ni nak pilih yang mana?

Charming Negg tu nampak comel.


Yep, sangat pasti sebab tak pernah lagi pilih Charming Negg.


Ala... waktu ni la tiba-tiba internet nak sangkut. Tak pe lah, kita tengok je di Inventory.


Wah, setem ni belum ada lagi dalam Album. Wangi pulak tu. Terima kasih Kari :)

Jawapan kepada Mysterious Negg Cave (13th day of Eating, Y22)

Kali ni nampak macam susah, tapi sekali cuba je dah jadi v(=∩_∩=)フ


_______________________________


Klik pada gambar untuk besarkan

_______________________________



SOALAN


JAWAPAN


HADIAH


Isnin, April 13, 2020

Pesta Negg (12th day of Eating, Y22)

Saja la pergi jalan-jalan hari ni. Tak boleh jalan luar rumah, jalan dekat Neopia pun jadi lah. Entah macam mana, ternampak Si Kari ni tengah belek-belek Negg dalam kotak. Dia kan Pari-pari Negg tapi kenapa muka dia macam tak senang je bila tengok Negg-negg yang ada dalam kotak tu? Bukan sepatutnya dia gembira ke?



"Selamat datang, Selamat Meraikan Pesta Negg! Kamu tidak perasan apa-apa yang pelik di sini, kan?"

Uh... ada apa-apa yang pelik ke?

"Tak ada. Kenapa? Ada apa-apa masalah ke?"

"Saya sudah bersedia untuk memimpin pesta tahun ini sejak Topsi memutuskan untuk bermain sorok-sorok dan sudah beberapa minggu tiada sesiapa dapat mencarinya. Saya jadi tertanya-tanya, sebenarnya ada ke orang yang mencari dia? Ah, apa pun, yang lebih penting lagi, kerana dia meninggalkan gerai Negg ini tanpa pengawasan, kebanyakan Negg telah dicuri sebelum saya berpeluang untuk menyembunyikannya."

Oh, ye ke. Jellyneo ada beritahu, selalu Topsi yang sorokkan Negg-negg tu untuk orang cari...

"Tok Nujum Negg telah menawarkan kuasanya untuk membantu kami mencari Negg-negg tersebut. Sudikah kamu membantu kami?"

Hmm... ok.


"Saya nampak... Saya nampak: singgahsana. Singgahsana di mana aura Rajanya biru... Atau baginda sememangnya biru. Susah nak kata."

"Saya melihat kepala yang sangat besar... di pantai misteri. Adakah ia memberi makna apa-apa kepada kamu?"

"Saya dengar suara. Suara itu berkata, 'Slickety-splat, anda nampak itu Darblat?' Apakah ini? Adakah ia sejenis permainan?"

Heeehhh.... ada tiga (3) petunjuk. Maksudnya kena cari tiga (3) Negg?

Petunjuk pertama tu rasanya macam boleh agak. Raja yang berwarna biru. Samaada di Meridell atau Brightvale. Kedua-dua raja tu adik-beradik.


Oh, nampaknya memang betul di Meridell! Raja Skarll yang perengus. Tapi macam mana semua Negg tu boleh tersorok di bawah singgahsana? Siapa yang sorok? Tak takut kena tangkap dan kena marah dengan Raja yang senang naik angin ni ke?

Hmm... fikir banyak pun tak guna buat masa ni. Kari suruh pilih Negg. Nak pilih yang mana ya?

Hmmm.... Enchanted Negg lah. Kenapa? Saja.


Ya, pasti. Nak Enchanted Negg.


Ah, sudah! Raja Skarl dah mengamuk. Sambil lari, sambil kutip Illusory Negg. Cantik. Spyder Mechanical Negg nanti boleh ambil dekat Doktor Neggistential.

Sekarang ke petunjuk yang kedua.

Memang ada satu pulau di Neopia dikenali sebagai Mystery Island atau Pantai Misteri. Tapi kepala besar... ukiran Tiki?

Mungkin Rock Pull.



Aik, tak ada? Dekat mana, eh?

Merayau, merayau... lama tak melawat pulau ni. Hooo, dapat hadiah Tombola! Hehehe, untunglah. Tapi dekat mana Negg yang kedua ni ye?


Cesss! Dalam petunjuk tu pun memang ada sebut pasal pantai. Boleh tak perasan... Adoii... Apa pun, kali ni nak pilih yang mana ya? Hm.... Nature Negg lah.


Ya, pasti. Nak Nature Negg.


Wahhh, comelnya Floral Nature Charm! Terima kasih!

Akhir sekali... kena cari dekat taman permainan. Permainan apa yang bunyi 'splat'?


Lah... memang nama permainan tu Dar-blat? Ni bukan petunjuk dah ni. Ni memang jawapan :D

Negg yang pertama tu tu nampak cantiklah. Kalau buat perhiasan pun menarik.


Ya, pasti, memang nak Gemstone Negg.


Wahhhh, dapat mainan lagi! Bolehlah main dengan Magromile, Gorgannn, Meiyyko, dengan Ughjh lepas ni. Oh... alamak, baru teringat... lupa nak bagi makan. Harap-harap belum kebuluran.

Pergi dulu!

(╯°□°)╯





Jawapan kepada Mysterious Negg Cave (12th day of Eating, Y22)

(ノ◕ヮ◕)ノ*:・゚✧ Wah, dapat Negg!!! Tak sangka! Tapi, haah, kan... nama pun Mysterious NEGG Cave. Mestilah salah satu hadiah dia boleh jadi Negg.


_______________________________


Klik pada gambar untuk besarkan

_______________________________



SOALAN

JAWAPAN

HADIAH
Ahahahah, data habis! Tak perasan. Patut la tekan butang Submit tu banyak kali tapi tak jadi apa. Asyik keluar makluman ralat tak berjaya suruh cuba lagi. Lepas dah langgan baru, baru dia mula bergerak tapi tersangkut situ lah.


Akhirnya kena pergi Inventory, baru boleh tengok rupa Negg tu. Wauuu.... hadiah istimewa ni!


Harga dalam lingkungan 50,000 hingga 70,000 NP tu!


Disclaimer

Copyright 2000-2011 Neopets, Inc. All Rights Reserved. Used With Permission.