Khamis, April 16, 2020

Pesta Negg (15th day of Eating, Y22)

Hari ni hampir terlupa nak melawat Kari. Nasib baik sempat lagi. Jellyneo kata pesta ni 15 hari bermula dari hari ke-9 hingga hari ke-24 bulan Makan (9-24th, Month of Eating, Y22). Kira sebenarnya banyak hari lagi ada, jadi boleh je kumpul semua petunjuk dan buat serentak tapi hehehe... saja.


Petunjuk hari ke-6, "Oh, tidak. Saya dapat merasai kuasa gelap Pari-pari remia di Faerieland."!

Remia tu ungu bagi yang tak tahu.

Ada satu (1) je Pari-pari yang terkenal berwarna remia dan berkuasa gelap di seluruh Neopia iaitu Jhudora! Jom pergi melawat dia.


Mula-mula, kena pergi Faerieland la.


Lepas tu pergi tempat yang bernama Jhudora's Bluff. Tak tau la kenapa "Bluff". "Bluff" tu macam mengacah je kan? Contohnya kata nak buat jahat dekat seseorang tapi sebenarnya tak nak buat pun cuma nak menakut-nakutkan. Ke sebenarnya Jhudora ni nampak je jahat tapi tak jahat pun cuma nakal je? Entah la. Apa pun nama lama tempat ni ialah Jhudora's Cloud (Awan Jhudora) dan tempat ni ialah rumah Jhudora.

Erm... harap-harap tak kena jampi atau kena sumpah jadi katak...


(¬‿¬) Oho, nakal. Main sorok-sorok Negg ye. Kan dah kena tenung dengan Kari.


Ingat nak ambil Enchanted Negg tapi Marble Negg tu... warna dia sesuai pulak dengan Jhudora.


Ahahahah, dapat Negg of Marble lagi! Boleh simpan buat pekasam, tunggu harga tinggi sebelum jual. Terima kasih Kari!

Disclaimer

Copyright 2000-2011 Neopets, Inc. All Rights Reserved. Used With Permission.