Jumaat, Mac 27, 2020

Jawapan kepada Mysterious Negg Cave (27th day of Running, Y22)

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN

_______________________________________


Maaf lambat, sibuk dengan tugasan ^.^;;

Hari tu...

https://my-life-in-neopia.blogspot.com/2020/03/akhirnya-akhirnya-dapat-juga-avatar.html

...dah janji nak tunjuk contoh cara selesaikan Mysterious Negg Cave, kan?

Ha, ini caranya!


Bulatan besar belah kanan tu ialah dekat mana kita nak letak jawapan kita. Lepas jawab, tekan butang Submit dekat bawah tu. Jangan risau kalau salah. Boleh jawab banyak kali sampai berjaya.

Bulatan kecil belah atas kiri tu ialah petunjuk kepada jawapan.

Bulatan kecil belah bawah kiri tu pula ialah... er... pena (pen) la kot. Untuk kita tanda dekat kotak jawapan. Bagi yang lupa...

Pertama sekali... kita ada 9 petak kosong, 3 jenis lambang, dan 3 warna. Lambang yang ada, satu rupa macam api, satu macam bunga 4 kelopak atau kincir angin yang kita main pusing-pusing tu, dan satu lagi entah la tapi ada bentuk macam empat segi. Warna yang ada pula, ungu, merah, dan kuning.
3 lambang x 3 warna = 9 lambang macam-macam warna.
Maksudnya, setiap lambang tu ada 3 warna. Api warna ungu, api warna merah, api warna kuning, bunga warna ungu, bunga warna merah, bunga warna kuning, empat segi warna ungu, empat segi warna merah, dan empat segi warna kuning.
Faham tak?
Berdasarkan petunjuk-petunjuk yang diberikan, kita kena isi 9 petak kosong tadi dengan 9 simbol tu.

Okeh... kita mula.

Pertama sekali, tengok petunjuk. Jumlah petunjuk diberikan tak tetap. Kadang-kadang 1, kadang-kadang 2, kali ni kita dapat 4.

Berdasarkan petunjuk yang diberikan, saya suka nak mula dengan warna dulu. Kita ada 2 petunjuk berkaitan dengan warna. Saya cuba petunjuk warna yang pertama tu dulu.


Kalau kita letak di atas belah kiri, mana nak letak petunjuk warna yang nombor dua tu? Warna tu tak boleh bertindan melainkan sama warna. Jadi kalau kita letak petunjuk warna yang pertama tu di situ, kita akan dapati petunjuk warna yang kedua tu tak boleh letak di mana-mana dalam kotak tu sebab semuanya bertindan.


Kalau letak di bawah belah kiri, hmm... tak boleh juga.


Di bawah belah kanan... pun tak boleh... :(


Di atas belah kanan? Hmm... nampak macam boleh. Meh kita cuba :)


Yaaaa, betul! Sebab sama warna kuning, maka boleh bertindan. Kita dah berjaya selesaikan kedudukan kedua-dua petunjuk warna ni.

Sekarang kita ke petunjuk berkenaan lambang pula. Sama macam tadi, kita cuba petunjuk lambang yang pertama dulu.

Ingat, warna yang sama sahaja boleh bertindan, begitu juga dengan lambang.


Petunjuk lambang yang pertama, kita letak di atas belah kanan. Boleh letak tak petunjuk lambang yang kedua tu di mana-mana?

Hmm... kalau letak di atas belah kiri, nanti lambang bunga 4 kelopak bertindan dengan lambang 4 segi ungu. Letak bawah, bertindan dengan lambang api kuning. Letak di bawah belah kanan, bertindan dengan lambang api ungu. Pendek kata, memang tak boleh.


Sekarang, petunjuk lambang yang pertama tu kita cuba letak pula di bawah belah kanan. Jadi, tak?

Hmm... hmm.. hmm.

Kalau petunjuk lambang yang kedua tu kita letak di atas belah kiri, lambang bunga 4 kelopak yang belah kanan di bawah akan bertindan dengan lambang 4 segi kuning. Kalau letak di bawah belah kiri, semua lambang bunga 4 kelopak belah kanan akan bertindan dengan lambang 4 segi kuning dan lambang api kuning. Kalau letak di atas belah kanan, lambang bunga 4 kelopak belah bawah akan bertindan dengan lambang 4 segi kuning dan lambang api ungu. Kesimpulannya, tak boleh juga.


Kalau petunjuk lambang yang pertama tu letak di bawah belah kiri?

Okeh, yang ni sah tak boleh.

Ingat ye, semua lambang kena ada 3 warna yang berbeza. Tapi tengok gambar atas, lambang api warna kuning ada sampai 3. Maksudnya memang salah la tu.

Dengan kata lain, ada satu tempat je kita boleh letak petunjuk lambang yang pertama ni iaitu...


Yaaa, petunjuk lambang pertama tu cuma boleh diletakkan di atas belah kiri!

Sekarang kita cuba letak petunjuk lambang kedua.


Nampak?

Apabila petunjuk lambang kedua diletakkan di bawah belah kiri, lambang api tiada warna dalam petunjuk lambang pertama dan kedua boleh bertindan. Tak ada lambang yang berulang lebih 3 kali. Tak ada lambang yang berulang warna.

Sekarang tinggal nak isi tempat kosong je.

Setakat ni, lambang api dah cukup, ada lambang api merah, lambang api ungu, dan lambang api kuning. Jadi tak perlu buat apa-apa.

Lambang bunga 4 kelopak dah cukup 3 tapi warna ungu dan warna kuning sahaja yang ada. Warna merah tak ada. Dengan kata lain, lambang bunga 4 kelopak yang tak berwarna tu mesti berwarna merah.

Lambang 4 segi pula, ada satu je, itu pun tak ada warna. Ruang yang berwarna sahaja tapi tak ada lambang ada 2. Dengan kata lain, ruang warna ungu tu semestinya lambang 4 segi warna ungu. Manakala ruang warna kuning tu ialah lambang 4 segi warna kuning. Dan, akhir sekali, lambang 4 segi tiada warna tadi sebenarnya berwarna merah.


Tada!!! Dah siap!!! Sekarang kita tekan butang Submit dan tengok jawapan kita betul tak.


Gelek-gelek sikit ♪☆\(^0^\) ♪(/^-^)/☆♪

Sabtu, Mac 14, 2020

AKHIRNYA!!! Akhirnya dapat juga avatar "Beware the Neggbreaker"!!!

Muahahaha!!! Bukti!!!

Tarikh keramat: 20200314

Akhirnya faham juga cara main selepas bertahun-tahun lamanya tak reti dan malas nak layan permainan teka-teki dalam Mysterious Negg Cave ni... sebenarnya senang je, macam main Sudoku.

Tapi tersilap, lupa nak ambil gambar sebelum dan selepas main. Tak apa, sekarang dah reti, esok kita buat lagi dan kongsi gambar di sini k. Sekarang bagi yang tak reti, baca dulu panduan k.

Pertama sekali... kita ada 9 petak kosong, 3 jenis simbol, dan 3 warna. Simbol yang ada, satu rupa macam api, satu macam bunga 4 kelopak atau kincir angin yang kita main pusing-pusing tu, dan satu lagi entah la tapi ada bentuk macam empat segi. Warna yang ada pula, ungu, merah, dan kuning.

3 simbol x 3 warna = 9 simbol macam-macam warna.

Maksudnya, setiap simbol tu ada 3 warna. Api warna ungu, api warna merah, api warna kuning, bunga warna ungu, bunga warna merah, bunga warna kuning, empat segi warna ungu, empat segi warna merah, dan empat segi warna kuning.

Faham tak?

Berdasarkan petunjuk-petunjuk yang diberikan, kita kena isi 9 petak kosong tadi dengan 9 simbol tu.

Esok saya kemaskini panduan ni untuk tunjuk contoh cara selesaikan teka-teki ni.

Selamat bermain! :)

Yang pertama kali menang akan dapat avatar macam yang saya dapat dekat atas tu dan lawan baru, Neggbreaker, di Battledome.

Disclaimer

Copyright 2000-2011 Neopets, Inc. All Rights Reserved. Used With Permission.