Ahad, April 19, 2020

Dapat avatar Trudy!!! (16th day of Eating, Y22)

Wahhh, rupanya kalau main Trudy's Surprise berturut-turut selama 25 hari, bukan sahaja boleh menang 100,000 NP tapi dapat avatar sekali!


Dah banyak tahun main, ini lah kali pertama berjaya main 25 hari berturut-turut. Dapat 100,000 NP tu pun dah gembira dah. Tiba-tiba dapat Neomail daripada kakitangan Neopets. Woot woot!!!


Macam mana rupa avatar ni, eh? Eh, sekejap, avatar ni apa?

Bagi yang tak tahu, avatar di sini merujuk kepada gambar jelmaan. Eh, jelmaan?! Hahaha, lebih kurang la. Gambar yang bukan gambar sebenar, yang digunakan untuk mewakili seseorang dalam mana-mana laman atas talian. Kalau di Neopia, kita merujuk kepada gambar yang mewakili pemain dalam bilik perbincangan di Neopia (Neoboard). Mana-mana laman atas talian yang lebih suka pengguna pakai gambar sebenar, selalunya mereka akan guna istilah "profile photo" atau gambar profil.

Dah faham? Hehehe, jom tengok rupa dia.

Mula-mula kena pergi Community Neoboards > Preferences


Tengok gambar bawah Preview New Av tu. Itu le dia. Hak hak hak... duit berkoyan-koyan! Kalau la ni dunia sebenar, seronok weh (ᅌᴗᅌ* )


Disclaimer

Copyright 2000-2011 Neopets, Inc. All Rights Reserved. Used With Permission.