Sabtu, Mac 14, 2020

AKHIRNYA!!! Akhirnya dapat juga avatar "Beware the Neggbreaker"!!!

Muahahaha!!! Bukti!!!

Tarikh keramat: 20200314

Akhirnya faham juga cara main selepas bertahun-tahun lamanya tak reti dan malas nak layan permainan teka-teki dalam Mysterious Negg Cave ni... sebenarnya senang je, macam main Sudoku.

Tapi tersilap, lupa nak ambil gambar sebelum dan selepas main. Tak apa, sekarang dah reti, esok kita buat lagi dan kongsi gambar di sini k. Sekarang bagi yang tak reti, baca dulu panduan k.

Pertama sekali... kita ada 9 petak kosong, 3 jenis simbol, dan 3 warna. Simbol yang ada, satu rupa macam api, satu macam bunga 4 kelopak atau kincir angin yang kita main pusing-pusing tu, dan satu lagi entah la tapi ada bentuk macam empat segi. Warna yang ada pula, ungu, merah, dan kuning.

3 simbol x 3 warna = 9 simbol macam-macam warna.

Maksudnya, setiap simbol tu ada 3 warna. Api warna ungu, api warna merah, api warna kuning, bunga warna ungu, bunga warna merah, bunga warna kuning, empat segi warna ungu, empat segi warna merah, dan empat segi warna kuning.

Faham tak?

Berdasarkan petunjuk-petunjuk yang diberikan, kita kena isi 9 petak kosong tadi dengan 9 simbol tu.

Esok saya kemaskini panduan ni untuk tunjuk contoh cara selesaikan teka-teki ni.

Selamat bermain! :)

Yang pertama kali menang akan dapat avatar macam yang saya dapat dekat atas tu dan lawan baru, Neggbreaker, di Battledome.

Disclaimer

Copyright 2000-2011 Neopets, Inc. All Rights Reserved. Used With Permission.