Selasa, April 07, 2020

Tak boleh main permainan berasaskan Flash di Neopets

Lama sebenarnya tak main Neopets ni. Pergi pun untuk bagi makan dengan budak 4 ekor tu. Sekali-sekala baru pergi kutip hadiah percuma, main permainan yang ada, jual barang, beli saham, dan lain-lain.

Dekat Neopets ni ada macam-macam jenis permainan. Ada yang berasaskan HTML, ada yang berasaskan Flash. Sebahagian besar berasaskan Flash. Hujung tahun 2020 ni Google Chrome akan tamatkan sokongan Flash. Tak tahulah Neopets ni akan ada lagi ke tak lepas ni. Harap-harap ada.

Apa pun, balik ke tajuk asal.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak COVID-19, banyak pula masa nak bermalas-malasan. Mula la teringat nak main permainan yang ada dekat Neopets ni sebab lama sangat tak main. Tapi, apabila kita nak main (contoh: Time Tunnel), keluar macam ni...


Paparan kelabu, yang kosong tak ada apa.

Kenapakah? Why? Why? Why?

Mula-mula ingat mungkin lupa pasang Adobe Flash dalam komputer baru ni. Maka pergi la pasang (boleh muat turun dekat sini: https://get.adobe.com/flashplayer/).

Ahem, memang betul pun tak pasang... Ehehe... (◠﹏◠✿)

Lepas muat turun, pasang Adobe Flash, matikan dan hidupkan semula komputer, kita pun cuba buka lagi permainan tu (Time Tunnel). Masih kelabu. Aik??

Google, rupanya kalau pakai Google Chrome kena bagi kebenaran dulu untuk guna Flash. Untuk benarkan penggunaan Flash, ada dua (2) perkara kena buat.

1. Tukar tetapan Google Chrome.

Versi Google Chrome: 80.0.3987.163

Pergi Settings > Privacy and security > Site settings > Flash atau pergi terus ke pautan chrome://settings/content/flash. Nanti ada butang yang ada dua (2) pilihan. Satu, "Block sites from running Flash (recommended)" iaitu "Halang laman daripada menggunakan Flash (disarankan)", dan satu lagi, "Ask first" iaitu "Tanya dulu".

Butang tu jenis butang guling (toggle) tau. Jangan pula nanti pergi cari senarai pilihan tak jumpa-jumpa. Butang guling ni maksud dia, kau tekan butang sekali, dia akan jadi pilihan 1. Tekan lagi, jadi pilihan 2. Tekan lagi, jadi pilihan 1 balik dan begitulah seterusnya. Faham tak? Sebab tu nama dia butang guling. Sebab dia berguling macam roda. Sekejap atas, sekejap bawah. Bila kita gulingkan roda tu, pilihan 1 yang mulanya ada dekat bawah, akan berpusing naik atas. Yang ada di atas, berpusing turun bawah.

Apa pun, pastikan yang dipilih ialah "Ask first" iaitu "Tanya dulu".

Maksud tanya dulu tu, pelayar Google Chrome ni takkan sewenang-wenang benarkan mana-mana laman untuk pakai Flash. Dia akan tanya kita dulu samaada nak benarkan atau tidak. Dalam versi lama, kita boleh pilih "Enable/Allow" iaitu "Benarkan". Maksudnya tak payah tanya kita, benarkan je mana-mana laman guna Flash. Sekarang dah tak boleh.

2. Tukar tetapan laman


Pergi balik laman permainan Time Tunnel tu atau mana-mana laman yang menggunakan Flash di Neopets, lepas tu klik dekat bahagian yang kami dah bulatkan dalam gambar atas tu.

Tukar tetapan Flash tu daripada "Ask (default)" iaitu "Tanya dulu" ke "Allow" iaitu "Benarkan". Kemudian, klik dekat tanda X tu untuk tutup kotak tetingkap tu.

Nanti keluar macam ni...


Tekan butang "Reload" tu untuk segarkan laman. Uh... maksudnya sebaik sahaja kita tukar tetapan, tetapan tu disimpan tetapi Google Chrome tetap akan guna tetapan lama. Kita kena tutup dan buka balik laman tu atau klik butang "Refresh/Reload" iaitu "Segarkan" supaya Google Chrome guna tetapan baru.


Tadaaaaa, dah boleh main semula ╰(◡‿◡✿╰)




Disclaimer

Copyright 2000-2011 Neopets, Inc. All Rights Reserved. Used With Permission.