Isnin, April 13, 2020

Pesta Negg (12th day of Eating, Y22)

Saja la pergi jalan-jalan hari ni. Tak boleh jalan luar rumah, jalan dekat Neopia pun jadi lah. Entah macam mana, ternampak Si Kari ni tengah belek-belek Negg dalam kotak. Dia kan Pari-pari Negg tapi kenapa muka dia macam tak senang je bila tengok Negg-negg yang ada dalam kotak tu? Bukan sepatutnya dia gembira ke?



"Selamat datang, Selamat Meraikan Pesta Negg! Kamu tidak perasan apa-apa yang pelik di sini, kan?"

Uh... ada apa-apa yang pelik ke?

"Tak ada. Kenapa? Ada apa-apa masalah ke?"

"Saya sudah bersedia untuk memimpin pesta tahun ini sejak Topsi memutuskan untuk bermain sorok-sorok dan sudah beberapa minggu tiada sesiapa dapat mencarinya. Saya jadi tertanya-tanya, sebenarnya ada ke orang yang mencari dia? Ah, apa pun, yang lebih penting lagi, kerana dia meninggalkan gerai Negg ini tanpa pengawasan, kebanyakan Negg telah dicuri sebelum saya berpeluang untuk menyembunyikannya."

Oh, ye ke. Jellyneo ada beritahu, selalu Topsi yang sorokkan Negg-negg tu untuk orang cari...

"Tok Nujum Negg telah menawarkan kuasanya untuk membantu kami mencari Negg-negg tersebut. Sudikah kamu membantu kami?"

Hmm... ok.


"Saya nampak... Saya nampak: singgahsana. Singgahsana di mana aura Rajanya biru... Atau baginda sememangnya biru. Susah nak kata."

"Saya melihat kepala yang sangat besar... di pantai misteri. Adakah ia memberi makna apa-apa kepada kamu?"

"Saya dengar suara. Suara itu berkata, 'Slickety-splat, anda nampak itu Darblat?' Apakah ini? Adakah ia sejenis permainan?"

Heeehhh.... ada tiga (3) petunjuk. Maksudnya kena cari tiga (3) Negg?

Petunjuk pertama tu rasanya macam boleh agak. Raja yang berwarna biru. Samaada di Meridell atau Brightvale. Kedua-dua raja tu adik-beradik.


Oh, nampaknya memang betul di Meridell! Raja Skarll yang perengus. Tapi macam mana semua Negg tu boleh tersorok di bawah singgahsana? Siapa yang sorok? Tak takut kena tangkap dan kena marah dengan Raja yang senang naik angin ni ke?

Hmm... fikir banyak pun tak guna buat masa ni. Kari suruh pilih Negg. Nak pilih yang mana ya?

Hmmm.... Enchanted Negg lah. Kenapa? Saja.


Ya, pasti. Nak Enchanted Negg.


Ah, sudah! Raja Skarl dah mengamuk. Sambil lari, sambil kutip Illusory Negg. Cantik. Spyder Mechanical Negg nanti boleh ambil dekat Doktor Neggistential.

Sekarang ke petunjuk yang kedua.

Memang ada satu pulau di Neopia dikenali sebagai Mystery Island atau Pantai Misteri. Tapi kepala besar... ukiran Tiki?

Mungkin Rock Pull.



Aik, tak ada? Dekat mana, eh?

Merayau, merayau... lama tak melawat pulau ni. Hooo, dapat hadiah Tombola! Hehehe, untunglah. Tapi dekat mana Negg yang kedua ni ye?


Cesss! Dalam petunjuk tu pun memang ada sebut pasal pantai. Boleh tak perasan... Adoii... Apa pun, kali ni nak pilih yang mana ya? Hm.... Nature Negg lah.


Ya, pasti. Nak Nature Negg.


Wahhh, comelnya Floral Nature Charm! Terima kasih!

Akhir sekali... kena cari dekat taman permainan. Permainan apa yang bunyi 'splat'?


Lah... memang nama permainan tu Dar-blat? Ni bukan petunjuk dah ni. Ni memang jawapan :D

Negg yang pertama tu tu nampak cantiklah. Kalau buat perhiasan pun menarik.


Ya, pasti, memang nak Gemstone Negg.


Wahhhh, dapat mainan lagi! Bolehlah main dengan Magromile, Gorgannn, Meiyyko, dengan Ughjh lepas ni. Oh... alamak, baru teringat... lupa nak bagi makan. Harap-harap belum kebuluran.

Pergi dulu!

(╯°□°)╯





Disclaimer

Copyright 2000-2011 Neopets, Inc. All Rights Reserved. Used With Permission.